Alhamdulillah, setelah lama menunggu, akhirnya dapat juga si Baby RED kami. Sudah lama mengidamkan SUV ini, tak silap dari 2010, Kia Sportage lagi kami dah teringin nak SUV. Tapi masa itu kewangan belum lagi, kami tetapkan niat nak SUV ini sampai la HRV, CHR, CRV keluar. Dan sebenarnya kami dah pun booking Honda HRV RS pada Julai 2018.
Pandangan Sisi Baby RED, Proton X70 Premium |
Kenapa Proton X70.
Sejak dari spyshoot lagi, saya dah buat survey dia forum forum dan juga youtube berkaitan dengan abang kembar dia, Geely Boyue, Atau Atlas, X7 bagi sesetengah negara. So far memuaskan. So bila Proton decide bawa masuk model ini. Kami dah pasang niat untuk memiliki nya. Selepas buat pelancaran kepada Media Malaysia, Proton sudah membuka tempahan untuk Proton X70 ini, cuma saya masih lagi terfikir fikir sebab saya dah booking Honda HRV RS yang pada masa itu belum lagi ada harga nya. Sampai la Proton buka peluang untuk Flash Booking RM99, masa itu saya kata baik aku booking je dulu, tengok masa dulu yang keluar dan berbaloi. Akhirnya 12 Disember 2018 pelancaran Proton X70. Bila di tengok kan harga memang dalam bajet kami.Berapa lama tunggu.
Lepas je kami submit permohonan untuk pinjaman, permohonan kami lulus pada 22 Disember 2018. So jurujual kata, dia akan uruskan penghantaran kereta bila kereta ready untuk di ambil.Bila dapat kereta.
Tunggu punya tunggu, 30 Januari 2019, jurujual bagitau yang kereta dah sampai showroom. Apa lagi berbunga la hati ini. Jurujual kata ambil masa 3 hari untuk siapkan dokumen dan pendaftaran Proton X70 ini. Alhamdulillah. Janji kereta dah sampai.
Akhirnya
Pada 1 Febuari 2019, kami terima Proton X70 dan sah menjadi pemilik kereta yang sangat baik ini. Syabas PROTON. Kerana mengeluarkan kereta yang berkualiti untuk rakyat Malaysia.
Kronologi.
Flash Booking RM99 : 17 Okt 2018Full Booking to 3S : 11 Dis 2018
Loan Approved : 22 Dis 2018
Sign Agreement : 22 Jan 2019
Full Downpayment : 24 Jan 2019
X70 Arrived : 30 Jan 2019
Comments
Post a Comment