Jimat ke Proton X70

Proton X70 Kuat Minyak ?

Ramai orang yang masih kira - kira dan masih lagi mengkaji kadar penggunaan minyak Proton X70 ini. Tetapi ramai yang masih tidak memiliki Proton X70 ini kerana risau penggunaan minyak yang tinggi. 

Satu perkara saya tahu sebelum beli, Proton X70 ini berat hanya hampir 1,700 kilogram atau 1.7 Tan. So X70 ini sebuah SUV yang berat bagi saya. Saya pun pada mula nya berfikiran penggunaan minyak akan jadi teruk. Tetapi setelah hampir sebulan saya menggunakan Proton X70 ini, saya rasa penggunaan minyak nya sangat baik. 

Saya akan mengisi penuh setiap kali lampu amaran minyak menyala, dan saya buat kira kira secara manual, dan saya dapati kiraannya hampir sama dengan yang di paparkan di skrin odometer. Jadi bagi saya, sangat berpuas hati dengan penggunaan minyak Proton X70 saya. Penggunaan mod NORMAL sahaja dan tiada mod ECO ataupun SPORT digunakan. Kelajuan paling maksima pun hanya 110km/h

buat masa ini. Ini penggunaan minyak saya 7.7 liter / 100 kilometer. Dan saya akan update lagi post ini untuk penggunaan minyak X70 seterusnya. Bagaimana bacaan minyak X70 anda?


Salah seorang pemilik Proton X70 bernama Fariz Che Aziz. Dapat bacaan 6.5 liter / 100 kilometer

Comments

Post a Comment