Arhh sama je Proton ini, kualiti kelaut
Eh nanti, jangan terus judge macam itu. Saya bukanlah peminat Proton sejak dari dulu. Saya adalah pemilik Mercedes-Benz dan Toyota Camry. Niat nak pakai SUV ini dah lama. Dari satu ke satu saya test drive sampai la jurujual itu dah jadi kawan saya.Bagus ke Kualiti Proton X70
Apa yang boleh saya katakan. kualiti binaannya sangat continental. Ruang antara panel panel badan itu sekata. lubang laluan angin berfungsi bukan hiasan. Lampu LED terang. Kualiti dalaman yang kemas. Rasa PREMIUM sangat.
Pemanduan Mesti Tak Best
Jika anda fikir begitu, anda tersilap. Sebenarnya pemanduan Proton X70 ini seperti anda memandu sebuah jentera Volvo, BMW, Audi mahupun Mercedes-Benz. Sangat selesa, senyap dan dapat memberi kepuasan kepada saya. Mana nak dapat kereta yang harga RM100,000 tapi rasa macam kereta kontinental.
Proton X70 Berat La
Ya, kalau di ikutkan dalam segmen dia, memang X70 ini berat. Tapi walaupun berat, enjin TGDI ini memberi kuasa yang mencukupi untuk mengerakan badan X70. Dan gear automatik X70 lancar tanpa ada halangan. Respons kotak gear dia, pada saya sangat memuaskan.
Top Speed Berapa
Uish, pertanyaan yang selalu di tanya oleh bakal pembeli. Bagi saya, beli Proton X70 ini bukan nak bawak laju laju sampai habis meter tetapi nak ada kereta yang selesa dan kalau kita perlukan kuasa enjin, dia boleh bagi untuk memudahkan kita memotong kereta lain. Setakat hari ini, kelajuan yang saya bawa hanya 110 km/h sahaja. Kereta dalam 'pantang' lagi.
Kalau ada pertanyaan, boleh la share dekat sini. Saya akan bantu anda jawab.
Tidak boleh lebih bahagia jika duduk di Proton X70 2020
ReplyDelete